Wednesday, December 18, 2013

Assalamu'alaikum :)

Bismillahirrahmanirrahim ❤

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat sekalian. Di blog ana ini, ana akan menge-post perkara-perkara islamik yang mungkin dapat membantu sahabat-sahabat ana ini! In Shaa Allah.. Ana akan gunakan ilmu yang ana ada ni sebaik mungkin In Shaa Allah! Dan ana berharap sangat supaya sahabat-sahabat ana ini akan sentiasa mengunjungi blog ana dan marilah kita sama-sama berubah untuk menjadi lebih baik.. ;)

Ana sebenarnya sangat teruja bila ana dapat buat blog ni~
Alhamdulillah, blog ana ni akhirnya dapat juga disiapkan walaupun ana ni bukan seorang 'pakar' dalam bidang perkomputeran.

Tujuan ana membuat blog ini agar ana dapat berkongsi pendapat dan juga 'ilmu kepada sahabat-sahabat ana! Dan.. ana nak kita sama-sama berubah! :)

Ana nak ingatkan sahabat-sahabat ana..
Kita ialah umat Nabi Muhammad S.A.W. ..
Kita adalah umat akhir zaman!
Hari Kiamat, semakin hari semakin dekat..
Oleh itu..
Selagi diri kita ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas..
Apa salahnya agar kita berubah?
Berubah untuk menjadi yang lebih baik!
Kerana..
Allah masih beri kita peluang untuk kita bertaubat..
Tetapi..
Adakah kita memanfaatkan peluang yang telah diberikan oleh-Nya kepada kita?
Jawapan itu ada pada diri kita sendiri..
Tanyalah pada diri kita sendiri.. :')
Adakah kita ini memanfaatkan peluang yang diberikan oleh-Nya kepada kita?

Allah..Allah..Allah..